Pembuka Bicara

Mula bejinak jinak dengan DSLR pada awal 2010,memilih Nikon D3000 sebagai permulaan dengan Kit lens 18-55mm,Nissin Di622 dan Tamron 70-300mm,belajar mengambil gambar melalui internet dan outing bersama kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama,sedikit demi sedikit saya memahami fungsi DSLR dan tekniknya dan sehingga kini masih terus belajar untuk menguasai teknik-teknik fotografi.

Blog ini adalah merupakan ruang pamer sebahagian dari foto yang saya ambil,semoga dapat dikongsi bersama-sama

Sekian.

Wednesday, May 4, 2011

RENUNGKAN LAH...

Kepada yang giler DSLR mcm aku sila baca hahahahaha...
from : CahayaYangBaik,digitalmukmin forum

 25 step memilih kamera terbaik untuk anda? Renung-renungkan.
Salam,
dah lama tak join forum ni. bukannya sombong, tapi semua forum2 dah kena block kat opis. tumpang lalu tulis artikel sket yer?


Situasi:
anda selalu tengok gambar2 yang cantik dalam majalah, internet dan sebagainya. Lama kelamaan anda teringin memiliki sebuah kamera bagi mengambil gambar2 keluarga, gambar2 percutian anda dan juga mengkreatifkan diri anda..
anda mula mencongak2 bajet. Rasa2nya boleh kut keluar RM700 @ RM800 untuk kamera idaman..

Apa yang (sebenarnya) terjadi:

1.)anda membeli sebuah kamera digital atau 'digicam'. Semata2 anda terpengaruh dengan iklan2 yang meriah di majalah2 dan tv. Empat bulan kemudian, anda masih terkial2 dengan settingnya dan masih lagi hairan kenapa gambar yang anda ambil langsung tak secantik gambar yang kononnya 'diambil dengan kamera' tersebut dalam iklan. Kemudian anda mula rasa tak puas hati. Anda mula membuat research tentang model2 kamera digital yang lain. Anda merayau ke kedai2 atau gerai2 digital kamera yang berlambak2 kat mana2 hatta Pasaraya Mydin sekalipun. Anda mula belajar untuk membeli...bukannya belajar untuk mengambil gambar. Anda tenggelam punca dengan lambakan kamera digital yang kelihatannya seperti mengeluarkan model2 baru hampir setiap hari dengan hanya tambahan satu atau dua feature. Akhirnya anda giveup dan membeli kamera yang direkomen oleh jurujual. Namun, jauh di sudut hati anda, anda curiga model kamera yang dijualnya itu bukanlah model terbaik. Tetapi mungkin kerana model itu punyai margin untung yang lebih besar dari model lain atau mungkin juga kerana taukenya yang suruh habiskan stok model itu yang akan digantikan dengan model baru tak lama lagi..

2.)kali ni anda gembira dengan kamera baru anda...selama 3 bulan. Berdasarkan pengalaman selama 4 bulan dengan kamera pertama, anda kini lebih arif dengan setting2, dan gambar anda lebih cantik berbanding dahulu (yang sebenarnya dibantu oleh pengetahuan anda tentang setting kamera). Tapi kali ni anda frust dengan fokus dan shutter yang lambat, dan kreativiti gambar2 yang anda ambil tiada sebarang peningkatan. Walopun begitu, anda masih terus menggunakan kamera tersebut selama 2 tahun (bagi pulang modal kononnya walopun anda benci separuh mati dengan kamera itu).

3.)Selepas kamera itu rosak semasa percutian anda yang paling best (semasa anda paling memerlukannya), anda rasa geram. Beli pulak kamera digital 'high-end'. Canon G10.

4.)Tiga minggu kemudian Canon G11 pulak keluar. Jual G10, beli G11.

5.)Bila dah beli, baru sedar yang G10 ada lebih megapixel dari G11. Jual G11, beli balik G10.

6.)Mula membaca tentang DSLR yang semakin popular dan anda turut terpengaruh. Anda mula rasa anda sebenarnya dah cukup pengalaman dan ilmu untuk mula mengguna DSLR. Anda jual Canon G10. Beli pulak Nikon D3000, dengan kit lens. Wahhhh...kali ni gambar2 yang anda ambil benar2 menunjukkan peningkatan.

7.)Beberapa bulan kemudian, anda membaca lebih banyak tentang lens, teknik, komposisi dan aksesori2. Kaum keluarga pulak berharap gambar yang anda ambil, sehebat gambar yang diambil oleh fotografer profesional (yelah...dah pakai kamera canggih). Review dalam internet pulak mengatakan kamera anda terhad kepada lens jenis AFS sahaja dan macam2 lagi lah. Anda beli pula D90. Jual D3000 (body sahaja). Simpan kit lens untuk digunakan dengan D90.

8.)Baru jer beli D90..ngigau nak beli D300s pulak.

9.)Kit lens dari D3000 macam tak ngam jer dengan D90..kononnya tak gunakan sepenuhnya keupayaan sensor. beli zoom lens lah pulak. Baru nampak pro. macam fotografer/wartawan.

10.)Satu hari, sebab lens yang baru ni berat, ia terjatuh dari pegangan tangan anda yang lenguh. Lens selamat walopun ada kemik sedikit. UV filternya tak lagi boleh dikeluarkan. LCD kamera anda retak sedikit di penjurunya. Paparan pada skrin masih berfungsi dengan baik. Namun anda mula rasa sakit hati dengan kerosakan kecil tu. Sikit demi sikit, ia mula mengganggu hati sanubari.

11.)Anda insuranskan kamera dan aksesorinya.

12.)Fotografer profesional punyai beberapa jenis lens. Takkanlah anda masih nak guna satu kit dan satu zoom lens jer. Anda pon rasa anda perlukannya (untuk cover semua focal length). Beli pulak satu telefoto lens.

13.)Beli lagi lens makro. Zoom lens takleh nak fokus dekat.

14.)Baca lagi review pasal lens2 yang anda beli. Tak ada satu pon gambar yang diambil memuaskan hati anda. Research lagi di internet, majalah sampai anda sakit kepala.

15.)Beli 'constant-aperture lens' 80-200mm yang punyai bukaan aperture yang lebih luas. Ahhhhhhh...kali ni anda dapat gambar bokeh yang anda idam2kan.

16.)Anda kini dah malas nak keluar dengan membawa beg kamera yang semakin berat.

17.)Isteri anda, yang selalu memahami, belikan D300s sebagai hadiah harijadi anda. Yahoooo!!! sayang sangat kat dia!!! sayang pada isteri? Salah. Sayang kat kamera!

18.)Ngigau lagi nak beli D700.

19.)Baru sedar anda sebenarnya tak minat ambil gambar makro. Bagi meringankan beg, anda simpan D90, dan makro lens dalam almari. Alah, nanti kalo nak pakai, ambil jer la balik.

20.)Dengan lens 80-200mm f/2.8 anda, gambar2 anda kelihatan cantik dengan bokeh. Anda terasa nak beli pulak lens 17-55mm f/2.8 AFS. Wow!!! gambar2 anda kelihatan sehebat gambar2 dalam National Geographic Magazine. Anda jual lens2 anda yang lain.

21.)Anda menganggap anda dah cukup segala sifat sebagai fotografer pro. Dah takde ape lagi yang anda perlukan. Anda baca dan research lagi bagi memastikan dah takde apa2 yang anda perlu. Hmmm...terbaca pulak tentang betapa seronok dan kreatif gambar yang diambil menggunakan satu prime lens yang kecil. Anda ke kedai kamera, dan try lens 35mm f/1.8. Memang betul laaa...best. D300s yang selama ni rasa berat, kini rasa ringan dan pantas. Gambar2 potret yang anda ambil sehebat gambar2 majalah fesyen.

22.)Ngigau lagi nak beli D3s.

23.)Dengan set lengkap lens 'profesional' anda, semangat fotografi anda mula memuncak kembali. Kali ni anda berazam nak dapatkan D700 pulak. Tu pon sebab harga D3s diluar kemampuan. Kalo tak, memang niat di hati nak sambar D3s. Bini masam muka..kamera yang dihadiahkannya takkan digunakan lagi..anda pujuk, kononnya D300s akan selalu dijadikan kamera backup. Akhirnya beli D700.

24.)Timbul masalah. Antara tiga lens faveret anda, cuma 80-200mm yang berat itu sahaja yang boleh digunakan dengan sensor fullframe D700. Nak beli lens lain, duit dah banyak habis pada D700 ni.

25.)Jual semula D700, dan hidup aman damai dengan D300s, malah masih punya duit untuk beli lens/flash yang lain dan beli barang kemas untuk isteri kesayangan.

Anda sebenarnya dah habiskan berpuluh ribu ringgit dari bajet asal RM800.


So, berdasarkan kronologi di atas, apa kamera pilihan anda? Nasihat saya, belajar menyimpan, dan dapatkan kamera yang terbaik, sesuai untuk kegunaan anda secara terus, daripada membuang masa dan membazir dengan pilihan2 yang silap. sekian...