Efek gegar ini adalah satu efek yang fotog tak suka tapi ini lah yang selalu menghantui kita. Semua orang mempunyai masalah ini dalam pada satu-satu ketika semasa berkamera. Fenomena biasa. Jika keadaan low-light dan terpaksa guna slow shutter, tripod pulak terlupa bla…bla..bla.. inilah selalu alasan kita kalau gambar blur akibat kamera gegar. Terutama apabila menggunakan lens tele. Kesan gegar akan menjadi lebih sensitive. Kamera boleh gegar bukan hanya semasa guna shutter slow, tapi cara kita guna kamera pun kena perbaiki juga. Ada beberapa teknik yang ramai orang tahu tapi ramai juga yang ‘terlupa’ termasuk diri saya sendiri.
1. Guna tripod
Inilah sebabnya tripod dicipta, untuk membantu stabilkan kamera. Cara ini adalah terbaik tapi tripod leceh nak bawak. Malas sebab berat. Nak tak nak kena guna juga terutamanya kalau tangan selalu ketar. Jika tak pun gunalah monopod. Pemilihan dan cara nak guna tripod dan monopod pun ada caranya dan kena ketahui untuk memaximakan penggunaan. Maka selepas ini, aksesori yang penting ialah tripod.
2. Minipod (tripod kecik) atau Gorilla tripod (kaki tripod yang berbijik-bijik tu dan boleh dibentuk-bentuk) pun sangat baik. Terutama diguna pada tempat yang sempit. Minipod nama pun mini, tidak lah boleh disamkan macam tripod.
3. Cara pegang kamera
Pelbagai teknik pegang boleh digunakan. Yang paling kena ingat ialah PETUA SIKU. Siku mesti kemas dan rapat pada badan. Tiga jari tangan kanan selesa pada grip dan jari telunjuk selesa pada butang shutter release, tapak tangan kiri menampung kemas lens kamera.
Jika dalam kedudukan berdiri, kaki dibuka sedikit. Jika duduk, siku rapat pada lutut. Jika meniarap, siku rapat ke tanah. Jika duduk mencangkung atau bertinggung pun, siku kena kemas pada lutut. Boleh juga badan menumpang pada dinding, pokok, tiang dan sebagainya agar memberi lebih kemas.
Semasa nak menekan butang shutter release, jangan guna hujung jari. Tapi tekan perlahan dengan ‘perut’ jari. Selepas tekan butang shutter, jangan terus angkat jari. Jangan ‘jab’ atau ‘stab’ butang shutter tapi ‘squeeze’ dgn kemas dan lembut bagi mengurangkan gegar. Ini adalah cara yang betul tapi teknik ini paling ramai fotog tak ikut. Semasa nak menekan butang shutter, nafas kena tahan seketika.
4. Guna bag kamera sebagai menyerap gegar
Biasanya kalau nak ambik low level dan pada lantai yang mudah gegar macam rumah kayu kat kampong. Bag boleh diguna dimana-mana pun. Jadikan sebagai leveler pun boleh jugak. Contoh nak telak kamera atas kereta tapi senget, kita guna bag sebagai alas dan nak betulkan horizonnya. Macam orang guna bean-bag lebih-kurang. Cuma tak ramai beli bean bag tapi bag kamera, almost semua orang ada. Tambah lagi sikit kain buat alas. Tak lah bercalar-balar bontot kamera tu.
5. Pemilihan shutter speed.
Jika tangan bukan selalu angkat besi, kena tahu shutter paling slow yang termampu kita guna. Jika focal length 200mm, guna shutter 1/250. Tapi kena kira factor crop sensor. Andai guna Canon; 200 x 1.6 = 320. Jadi tak bolehlah nak guna 1/250. Kena guna shutter 1/500 sekurang-kurangnya. Tapi kalau nak guna jugak shutter slow, tak ada pilihan lain, kena juga cari tripod. Sebab tu aksesori penting antara flash dgn tripod ialah tripod. Kerana dalam low-light, masih lagi boleh ambik gambar yang cukup exposure jika guna tripod. Kalau ada flash pun, tak tentu juga. Contohnya cubalah ambik gambar gunung waktu senja pakai flash, boleh tak nak tengok? Cuma kekerapan kepenggunaan tripod dan flash, flash lebih lagi lah.
6. Guna strap kamera sebagai ‘anchor’
Percaya atau tidak, kamera strap (tali kamera) juga boleh membantu mengurangkan masalah gegar. Belit atau lilit tali kamera dengan kemas atau sandal pada siku, leher dan sebagainya. Cara ini memerlukan praktis dan ukuran tali hendaklah sesuai dengan diri sendiri. Teknik tali ini juga boleh diikat / sangkut pada mana-mana benda seperti dahan dan tengangkan tali dgn menarik kamera. Kita akan dapati cara ini mampu memberi stability pada kamera.
Cara ini juga amat sesuai diguna jika menggunakan live-view terutama semasa shooting video. Strap disendal dibelakang leher dan lilit pada pergelangan tangan.
7. Guna lens stailizer
VR, IS, VC dan yang sama dengannya. Lens stabilizer boleh memberi sehingga 3 stops. Ini banyak membantu mengurangkan gegar. Tapi kalau guna tripod, kena off (kecuali stabilizer khas untuk semasa guna teknik panning).
8. Guna MLU (mirror lock up) semasa guna tripod.
Kesan yang sama jika guna live-view. Dan jangan lupa remote release atau 2 sec self timer. Teknik ini patut guna masa night fotografi atau grup foto.
9. Bateri grip juga boleh memberi kestabilan pada kamera. Jika mampu. Carilah bateri grip. Bukan setakat kemas pegang tapi boleh guna extra bateri. Body yang berat adakah kurang sikit untuk menjadi gegar dari body yang ringan. Maksud disini ialah bodi kamera bukan body kameraman. Tapi tidak dinafikan badan sasaorang fotografer juga membantu. Lagi tegap atau lagi berisi, lagi kurang kesan gegar.
10. Jangan ambik gambar terburu-buru. Biasanya jika terburu-buru, kita kurang memberi perhatian pada perkara-perkara yang boleh induce gegar. Beri sedikit masa untuk compose gambar. Lihat setting kamera dan check histogram.
Itulah beberapa perkara yang boleh membantu kita untuk mengelakkan dari mendapat gambar blur akibat dari kamera yang gegar. Selamat berfotografi.

No comments:
Post a Comment