Pembuka Bicara

Mula bejinak jinak dengan DSLR pada awal 2010,memilih Nikon D3000 sebagai permulaan dengan Kit lens 18-55mm,Nissin Di622 dan Tamron 70-300mm,belajar mengambil gambar melalui internet dan outing bersama kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama,sedikit demi sedikit saya memahami fungsi DSLR dan tekniknya dan sehingga kini masih terus belajar untuk menguasai teknik-teknik fotografi.

Blog ini adalah merupakan ruang pamer sebahagian dari foto yang saya ambil,semoga dapat dikongsi bersama-sama

Sekian.

Monday, January 17, 2011

APPETURE : SHUTTER SPEED : ISO (SUMBER DIGITAL MUKMIN)

Aperture
aperture ni setting utk lens kita, berapa besar bukaan lubang dimana melalui lubang ini cahaya akan masuk..lebih besar bukaan aperture, lebih banyak cahaya masuk..kiraan untuk aperture mcm ni, lebih besar bukaan aperture, lebih kecil F number dia..contohnya aperture f 1.8 lebih besar dari f 22

implikasi pada gambar - jika kita guna aperture lebih besar contohnya f1.8, Depth Of Field (DOF) akan menjadi cetek, bermakna gambar sekitar titik fokus akan menjadi sharp dan selain nya akan menjadi blur atau bokeh.. sebaliknya jika kita guna aperture kecil contohnya f22, DOF akan menjadi deep dan gambar didepan atau di belakang titik fokus kita akan menjadi sharp..

Shutter Speed
Shutter ialah satu mekanisma yang terdapat dihadapan sensor (dslr) atau filem yang mengawal cahaya yang masuk dari lens..bila butang shutter ditekan, ia akan terbuka dan tertutup mengikut berapa laju shutter speed yang kita setkan atau melalui bulb mode, ia akan sentiasa terbuka sehingga kita lepaskan butang shutter tu..dalam masa bukaan shutter tu, cahaya akan masuk dan terdedah kepada sensor/ filem dan gambar akan terakam..

kegunaan kawalan shutter speed
shutter speed terbahagi kepada dua..slow shutter 1/60 saat kebawah dan fast shutter 1/60 keatas..tapi apekah kegunaan slow dan fast shutter?

slow shutter - shutter perlahan berguna dalam merakan gambar "panning" dan low light ambient photography.. contoh gambar panning ialah gambar kereta yang sedang bergerak, kereta tersebut nampak pegun manakala background akan menjadi garis2 lurus,kita akan nampak efek pergerakan laju..dan low light ambient pula apabila kita mengambil gambar tanpa menggunakan flash, hanya menggunakan cahaya sekeliling, contohnya mengambil gambar klcc pada waktu malam..untuk mendapat hasil yang terbaik, kita memerlukan tripod dan set timer untuk shutter release.

fast shutter - melalui fast shutter, kita akan mendapat efek gambar "freeze", freeze bermakna kita akan bekukan moment tersebut pada foto kita..contohnya menangkap gambar orang lompat, dan gambar dia akan menjadi pegun di udara..tetapi, utk kegunaan ambient light atau cahaya sekeliling, tidak sesuai jika kita menggunakan fast shutter kerana gambar akan menjadi gelap kerana jumlah cahaya yang masuk dalam masa bukaan shutter kurang, untuk itu kita memerlukan flash..lainlah kalau kita hendak buat effect silhouette atau bayang2, memerlukan shutter yang laju. 

ISO
ISO speed ialah tahap sensitiviti sensor camera kita pada cahaya..sebelum terciptanya sensor untuk kamera digital, ISO ialah jumlah sensitif film pada cahaya, bermula dari ISO 100 hingga ke 800..tetapi setelah terciptanya sensor digital, ISO mewakili tahap sensitiviti sensor pada cahaya, bermula serendah ISO 50 sehingga setinggi ISO 102,400 utk model pro seperti EOS 1D mark 4 atau Nikon D3s..

Implikasi pada gambar - lebih tinggi ISO, maka lebih banyak cahaya yang akan terakam ke sensor..tetapi jika kita menggunakan ISO tinggi, "grain" akan terbentuk pada gambar..grain bermaksud pada gambar kita akan terlihat bintik bewarna yang juga dipanggil "Noise"..sesetengah noise akan mengurangkan kualiti gambar tetapi ada pula noise yang cantik contohnya apabila kita menggunakan effect film dan hitam putih untuk gambar kita..

sebagai kesimpulan, untuk mendapatkan exposure yang terbaik, kita perlu bijak dalam menyeimbangkan setting kamera kita untuk mendapat hasil yang sesuai dengan kehendak kita..jadi, PRACTICE , PRACTICE, PRACTICE !

No comments:

Post a Comment