Pembuka Bicara

Mula bejinak jinak dengan DSLR pada awal 2010,memilih Nikon D3000 sebagai permulaan dengan Kit lens 18-55mm,Nissin Di622 dan Tamron 70-300mm,belajar mengambil gambar melalui internet dan outing bersama kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama,sedikit demi sedikit saya memahami fungsi DSLR dan tekniknya dan sehingga kini masih terus belajar untuk menguasai teknik-teknik fotografi.

Blog ini adalah merupakan ruang pamer sebahagian dari foto yang saya ambil,semoga dapat dikongsi bersama-sama

Sekian.

Saturday, January 8, 2011

FUNGUS (SUMBER DIGITAL MUKMIN)


Apa itu fungus?
Fungus ialah sejenis hidupan yang memerlukan makanan. Memerlukan punca organik sebagai makanan untuk terus membiak. Fungus atau fungi ni ada berbillion sekeliling kita terapung-apung diudara termasuklah didalam lens itu sendiri. Jika terlalu banyak dan makan coating hingga kedasarnya, lens tersebut boleh rosak. Jika nak cuci, mungkin tak berbaloi kerana kalau coating dah rosak terok, untuk re-coating akan memakan belanja. Sebaiknya, jangan bagi peluang fungus memusnahkan lens. Sekiranya didapati lens sudah terkena fungus, cepat-cepat cuci. Kerana kalau baru nak simpan dalam drybox, ianya sudah terlambat. Fungus sudah pun tumbuh. 

Cara nak elak lens dari fungus
1. Sentiasa simpan lens pada tempat yang kering dan bersih. Tempat-tempat yang lembap, gelap, berhabuk dan sedikit hangat adalah keadaan yang ideal untuk fungus berkembang. Sebab tu jangan selalu simpan dalam bag-kamera. Salah satu cara ialah menggunakan drybox samada yang dah siap atau buat sendiri. Drybox buatan sendiri amat mudah didapati dan murah. Kotak plastik yang kedap udara dan thirsty hippo dah cukup memadai. Thirsty hippo jangan dibuka penutup habis. Hanya buka 1/3 sahaja sudah cukup. Kalau terlalu kering, grease dan seal pada body kamera akan kering dan rosak. Thirsty hippo akan menyerap kelembapan dan lama-lama air akan tertakung dalam botol thirsty hippo. Jika itu berlaku, ganti sahaja yang baru. Fungus memerlukan kelembapan untuk hidup. Bila dah hidup, fungus mampu manghasilkan air dari udara. (Water = H2O = 2 parts hydrogen + 1 part oxygen) 

2. Satu cara lagi ialah sentiasa guna kamera dan lens. Ini membolehkan kamera dan lens terdedah kepada udara segar dan cahaya matahari. Udara segar adalah satu cara untuk menghilangkan udara yang lembap. Kehangatan matahari juga amat membantu. Sinar UV juga mampu membunuh fungus lantaran ada sesetengah fotografer (kat negara orang) mendedahkan lens dgn menggunakan lampu UV. Satu lagi cara nak matikan fungus ialah menyejuk-bekukan lens dalam freezer. Tapi yang senang ialah cahaya UV. 

3. Sentiasa membersihkan kamera dan lens juga adalah amalan yang boleh menghindarkan fungus. Fungus memakan punca organik seperti coating, grease dan habuk. Terutama selepas buat job pada cuaca lembap, amalan sentiasa menyimpan kamera didalam bag adalah tidak baik. Udara kering juga boleh didapati dari penghawa dingin. Sekiranya boleh, simpan kamera dalam bilik aircond selepas cuaca lembap.

Ingatlah punca fungus boleh berlaku ialah keadaan lembap, gelap, suasana sedikit hangat dan berhabuk. Dan cara senang nak hindari ialah gunalah kamera selalu.

4 comments:

  1. Salam en sham..terima kasih atas informasi..sy bru nk belajar sikit2 pasal seni foto ni ..hehe

    ReplyDelete
  2. actualy x ramai orang nak kongsi ilmu pasal fotografi neh,saya pun mcm tuh jugak dulu,mana yang saya tau kongsi sama-sama,bila nak sambar satu hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau dalam kanta tuh mcm ader debu camtu.... Lenz ok... Gambar ok...nak buat macam mner ehh nak buang debu tuhh

    ReplyDelete
  4. Assalam mcm kit lens sy dah ada fungus byk gilaa kot huwaa mcmana nk hilangkan eh?sy baca kalau kos nak cuci lebih kurang mcm beli lens baru 😭 sy dah la study lg,kalau letak dlm freezer boleh tak?

    ReplyDelete